Translate

Isnin, 28 Oktober 2013

KHAT THULUTH



1.0 PENGENALAN
           
1.1  ASAL USUL KALIGRAFI KHAT

Seni kaligrafi Islam seringkali dikaitkan dengan seni khat. Kaligrafi secara umumnya mempunyai maksud seni penulisan yang indah. Apabila ianya dikaitkan dengan Islam, membawa kepada seni penulisan Islam yang indah iaitu tulisan khat. Perkataan kaligrafi ini berasal dari bahasa Yunani iaitu kalios yang bererti indah dan graphia yang bererti tulisan. Seni ini diciptakan dan dikembangkan oleh kaum muslim sejak kedatangan Islam. Sebagai bahasa yang memiliki karakter lembut dan artistik, huruf Arab menjadi bahan yang sangat kaya untuk penulisan kaligrafi. Kaligrafi Islam ini juga sangat berkaitan dengan Al-Quran dan hadis kerana sebahagian besar tulisan indah dalam bahasa Arab menampilkan ayat al-Quran atau hadis Nabi S.A.W.

Seni khat ini merupakan salah satu bidang kesenian yang amat diminati oleh orang Islam. Keindahannya diabadikan di bangunan-bangunan, kubah masjid, seramik kaca selain diukir diatas kayu dan logam. Dari semasa ke semasa sejak zaman Rasulullah S.A.W. hingga hari ini, seni khat terus berkembang dan meningkat pencapaian dan kecemerlangannya. Seni khat ini juga telah menghasilkan pelbagai seni reka bentuk khat. Selepas 100 tahun kewafatan Rasulullah S.A.W. seni ini telah berada dipuncak kegemilangannya.

Seni khat bukan sahaja berperanan mengabadikan Al-Quran dalam bentuk tulisan akan tetapi juga turut mengabadikan sebahagian ayat dari Al-Quran tersebut di bangunan-bangunan masjid, rumah dan sebagainya. Ahli khat bukan sahaja terdi dari kalangan orang Arab bahkan pelbagai keturunan Islam yang lain diseleruh dunia termasuk Parsi, Turki, India, Melayu dan lain-lain lagi. Perkembangan seni khat diseluruh dunia pesat sekali, seiring dengan perkembangan dakwah Islamiyyah dan ilmu Islam.

1.2  DEFINISI KHAT THULUTH

Thuluth bermaksud satu pertiga (1/3). Dinamakan Khat Thuluth adalah kerana Huruf menegaknya ditulis dengan mata pena yang ukuran lebar menyamai satu pertiga (1/3) lebar mata pen. Ia juga dikenali sebagai Khat Arab disebabkan peranannya sebagai sumber asasi pelbagai khat Arab yang lahir selepas Khat Kufi. Khat ini dikenali sebagai Ummul Khutut (Ibu tulisan) dan jarang digunakan dalam penyalinan al-Quran lengkap kerana mempunyai banyak kaedah, menentukan ukurannya dengan bilangan titik yang sesuai pada setiap huruf, agak rumit serta memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menulisnya. Biasanya khat ini ditulis dengan pena yang lebar matanya diantara 2 hingga 3 mm.

Ada pendapat mengatakan asalnya khat ini ditulis menebal dengan 24 helaian bulu kuda. Kemudian ketika jenis ini ditulis pula dengan menggunaka 2/3 menjadikan namanya Khat Thulutain ( 2/3), kemudian terakhir ditulis dengan menggunakan 1/3 daripada 24 helaian bulu kuda menjadikan namanya Thuluth(1/3) iaitu 8 helaian bulu kuda. Khat ini merupakan khat yang paling sukar dibandingkan dengan tulisan khat yang lain dari segi kaedah, ukuran, gaya memperelok atau kemampuan untuk menghasilkan tulisan yang tepat ukiran dan seninya. Digunakan dalam menghiasi bangunan ruang-ruang dinding dan kubah di masjid-masjid.

Jika ia lebih lebar daripada itu maka orang-orang Turki memanggilnya tuqechah thuluth yakni thuluth yang dibesarkan. Kemudian ia dikenali dengan nama thuluth jali (sumber-sumber arab silam mensifatkan dengan panggilan jalil al-thuluth). Apabila mata pena lebih besar daripada saiz yang tetap pada pena yang biasa maka dibuat untuknya pena daripada kayu. Saiz-saiz tulisan jali berada pada kadar yang tangan manusia mampu memegang penanya (Qadi al-Askar Mustafa ’Izat Afandi dalam menulis loh-loh di masjid Aya Sufia menggunakan mata pena yang luasnya mencapai 35sm). Jika keadaan memerlukan tulisan-tulisan itu melebihi saiz tersebut atau bersaiz besar, maka ia ditulis mengikut saiz thuluth jali yang biasa kemudian dilakukan pembesaran (enlargement) mengikut kaedah empat segi atau menggunakan pelbagai peralatan teknologi yang terdapat pada hari ini seperti photocopy, komputer dan sebagainya.

Bentuk thuluth yang lebar mata penanya melebihi 6mm dinamakan Thuluth Jali, manakala yang melebihi 2mm ialah Thuluth Aadi. Ia diperkenalkan oleh Ibrahim al- Sajzi dan banyak digunakan sebagai seni hiasan di dalam masjid, nama surah dan hiasan kulit buku. Seseorang penulis khat tidak dianggap penulis yang mahir dalam seni ini sekiranya tidak benar – benar berkemahiran dalam bentuk Khat Thuluth.

Perhatian berat para ahli khat terhadap khat thuluth, khususnya khat thuluth jali sepanjang sejarah khat bukanlah merupakan satu perkara yang lahir secara mendadak. Khat ini dikenali dengan tulisan yang agak cantik. memandangkan ia tidak dapat ditulis secepat khat nasakh maka ia biasanya digunakan untuk tujuan-tujuan seni yang khusus, bukan untuk tujuan penulisan biasa. Oleh itu kita sering dapati khat ini dalam kepingan-kepingan seni, muraqqa’at dan loh-loh serta hasil kerja seni yang lain. Khat ini menyebabkan orang yang memandangnya akan membiasakan diri mereka dengan unsur keindahan dan gerakan yang tersusun.

Ø  ANTARA JENIS KHAT THULUTH
      i.        Khat Thumar
     ii.        Khat al-Muhaqqaq
    iii.        Khat Raihani
   iv.        Khat al-Thuluthain
    v.        Khat Musalsal


1.3  BENTUK-BENTUK KHAT THULUTH


Merupakan khat yang paling cantik dilihat dan yang paling sukar untuk ditulis.  Berbeza dengan Khat Nasakh dengan kelembutannya dan besar ukuran hurufnya.  Kebanyakan huruf mempunyai beberapa bentuk seperti huruf ba , dal, ra,  a`in,  kaf,  mim,  nun, ha,  lam alif dan ya. Oleh yang demikian, penulis boleh menulis  pelbagai bentuk huruf dalam penulisannya.

Ø  KEISTIMEWAAN DAN SIFAT  KHAT THULUTH

Keistimewaan thuluth (khususnya thuluth jali) daripada segala jenis khat yang lain ialah ia boleh di letakkan dalam struktur-struktur dan rupa bentuk yang cantik seperti bulat, segi empat, bujur dan sebaginya. Para jurukhat yang menitikberatkan khat ini sering melakukan pembaharuan struktur (olahan) dengan khat ini yang merangkumi dua lapisan huruf atau lebih yang sebahagiannya diletakkan di atas sebahagian yang lain mengikut susunan bacaan. Ini merupakan kerja yang sangat sukar, hanya mampu dilakukan oleh jurukhat yang mahir dan berkaliber. kadangkala satu ungkapan ditulis dalam beberapa struktur yang mengandungi pelbagai bentuk dan tulisan. Peniruan sesetengah jurukhat terhadap struktur-struktur para jurukhat silam dan digunakan secara komersial tanpa menerangkan sumber yang beliau dapati sebenarnya merupakan pancabulan terhadap hak-hak mereka dan satu amalan yang tidak wajar.
Tulisan khat Thuluth lebih bersifat monumental, dipakai terutamanya untuk tujuan-tujuan dekorasi pelbagai manuskrip dan inskripsi sebagaimana banyak dipakai untuk menghiasi tembok-tembok gedung. Orang yang memulakan khat ini ialah Wazir Ibn Muqlah.

Bentuk baris dan hiasan sangat penting dalam penulisan Khat Thuluth dan merupakan satu kemestian dalam penulisannya. Ini kerana kedua-duanya akan menambahkan kecantikan dan keseimbangan karya Khat Thuluth. Kedua-duanya mesti ditulis dengan seimbang dan halus. Saiz baris dan hiasan satu pertiga mata pen dan ada juga sama dengan saiz huruf. Bentuk baris dan ragam Khat Thuluth terbahagi kepada dua jenis.

Terdapat pelbagai perubahan yang boleh dibuat dengan menggunakan perkataan BAINAHUM di daam Khat Thuluth. untuk perkataan ini sahaja kita boleh tulis dalam pelbagai cara dan gaya dengan bilangannya hampir mencecah dua puluh bentuk. Di bawah ini adalah sebahagian daripadanya. 
Susunan ‘BAINAHUM’ dalam pelbagai bentuk




Ø  KAEDAH PENULISAN KHAT THULUTH
Ø  Kaedah Umum Khat Thuluth

Khat thuluth adalah khat yang paling susah untuk dikuasai. Ia mempunyai banyak kaedah penulisan yang sangat detail dan halus yang harus dikuasai oleh seorang penulis khat dengan tepat. Tambahan pula, susunan untuk sesuatu perkataan dan cara menulisnya boleh dipelbagaikan agar sesuai dengan ruang dan karya yang dibuat. Dan kepelbagaian susunan itu pula mempunyai kaedahnya tersendiri yang mesti diikuti.

Khat Thuluth memerlukan latihan yang banyak  dan berterusan bagi mendapatkan tulisan bentuk-bentuk huruf dengan tepat dan cantik. Selain itu, latihan ini juga adalah satu senaman untuk melembutkan pergerakan tangan semasa menulis.
Pada peringkat permulaan, penggemar Khat Thuluth perlu memperbanyakkan latihan dengan menulis huruf- huruf tunggal dari huruf alif hingga huruf ya pada setiap hari untuk membiasakan pergerakan tangan menulis huruf-huruf mengikut timbangannya yang sebenar.

Untuk mendapatkan hasil tulisan Khat Thuluth yang halus, menuntut kepada pembelajaran dengan guru yang muktabar. Penulis yang mahu mengetahui rahsia Khat Thuluth hendaklah menulis Qasidah nun dan amsyak yang sering di tulis oleh penulis yang terkenal .

Ø  TEKNIK KHAT THULUTH

Penulisan khat thuluth atau thuluth jali perlu dilengkapkan dengan tanda-tanda bacaan atau baris walau apapun bahasa yang ditulis, samada Arab, Melayu, Turki dan sebagainya. Setelah itu, ruang-ruang kosong akan dipenuhkan pula dengan tazyin iaitu simbol-simbol khas yang diletakkan di atas atau di bawah huruf. Ini menyebabkan khat thuluth atau thuluth jali kaya dengan tanda-tanda dan simbol-simbol seperti yang dilihat pada hari ini.
Cara dan tradisi yang diikuti sejak dahulu ketika menulis khat thuluth ialah tidak boleh ditinggalkan ruang kosong pada sesuatu susunan (tarkib) tetapi mesti dipenuhi dengan pertama huruf. Kedua baris atau tanda bacaan. Ketiga tazyin yang bersesuaian.

Pena untuk baris (qalam harakat) ialah 1/2 daripada saiz pena huruf, manakala untuk tazyin penanya bersaiz 1/3 daripada ukuran pena huruf. Pada sesetengah tempat pena huruf digunakan untuk menulis harakat terutama digunakan untuk sukun, dammah dan baris fathah yang ditarik panjang bagi memenuhi ruang kosong. Begitu juga pena baris boleh digunakan untuk membuat tazyin pada tempat-tempat tertentu. Pengaturan ini bergantung kepada kreativiti penulis khat itu sendiri.

Khat thuluth seperti juga khat-khat yang lain, diukur dengan keluasan titik saiz pena. Jika saiznya besar maka besarlah huruf yang ditulis begitu juga jika kecil, saiz huruf juga akan mengecil. Sebagai contoh, sekiranya kita menggunakan pena bersaiz 1 mm, maka saiz hurufnya bersesuaian 1 mm dan seterusnya.  Penggarisan saiz huruf dan panjang garis tegaknya diukur dengan menghitung titik. Kadangkala ahli khat tidak terlalu berpegang dengan ukuran ini, tetapi penulisannya tidaklah menyimpang terlalu jauh daripada kaedah asal. Jika apa yang dilakukan oleh ahli khat itu menyimpang jauh daripada ukuran ini, bererti rosaklah kesejajaran umum yang menjadi punca kesempurnaan khat sepanjang zaman.

2.0 ALATAN DAN BAHAN

            2.1 SUMBER ALAM UNTUK DIJADIKAN PENA DAN DAKWAT
Peralatan yang harus dipersiapkan sebelum memulai penulisan kaligrafi terdiri dari dua jenis, iaitu peralatan pokok dan peralatan pendukung. Peralatan pokok ada empat sebagaimana seorang penyair Arab melukiskan putaran perempat dalam senandungnya :

Seperempat tulisan ada pada hitam tintanya , Seperempat: indahnya kreasi sang penulis, Seperempat ada pada kalam atau pena, serasikan potongannya. Dan pada kertas-kertas pada faktor keempat.
Di Malaysia, batang pokok paku resam amat terkenal di dalam penulisan khat. Mushaf malaysia terbitan yayasan restu merupakan mushaf yang ditulis menggunakan pena batang resam resam. Gambar di atas merupakan contoh pokok paku resam. Ianya biasa didapati di tepi lereng bukit atau kaki bukit di tepi jalan atau lebuhraya. Batangnya yang sudah cukup tua berwarna coklat dikerat dan dibiarkan selama seminggu untuk pengeringan. Pengeringan pula tidak boleh dijemur di bawah matahari kerana ia boleh membawa kerekahan. Untuk mendapatkan kerapuhan batang resam, ianya boleh digoreng dlm 3 minit di dalam kuali tanpa minyak dengan api yang perlahan. Setelah batang resam benar-benar keras, ianya boleh di asah dan matanya lebih keras berbanding pena batang buluh. Kelemahan batang resam ialah ianya tidak mempunyai saiz batang yang besar seperti buluh, kemudian batangnya agak bengkok tidaklah selurus buluh .

Mata pena pulpen cair biasanya digunakan untuk tulisan selebar 2-3 mm. Untuk ukuran lebih lebar, dapat digunakan kalam lain seperti tangkai bambu, ranting kayu, roan, handam, batang emas, batang enau atau aren. Sedangkan kapur tulis atau dobel pensil dapat digunakan untuk mendesain tulisan yang lebih lebar lagi dari ukuran kalam-kalam tersebut. Pada dasarnya kalam dapat dibuat dari apa saja yang memungkinkan. Asal banyak akal, benda sederhana seperti kayu dapur atau ranting di tempat sampah dapat dijadikan kalam. Spidol besar atau kecil yang mata penanya dipotong miring dan ditipiskan juga dapat dijadikan bahan kalam khat.

Ø  PETUA UNTUK MEMILIH QALAM

Warna qalam mestilah yang perang, tidak keras seperti batu, tidak hitam, tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang. Besar sebatang qalam hendaklah sederhana, tidak gemuk dan tidak kurus. Selain itu juga, sebatng pena mestilah tidak bengkok atau mempunyai pusar. Qalam itu juga janganlah terlampu keras atau lembut. Jika dari qalam itu terbit noktah yang elok bentuknya dapat menghasilkan tulisan yang indah. Uji qalam itu dengan membuat noktah.

2.2 CARA MENGUJI SEBATANG QALAM
Anda adalah rupawan yang ganjil, wahai qalam yang berbaju merah
Berbelah lidah dalam pertuturan , tetapi bisu
Menunjukkan pendirianmu yang tegak mempunyai bayang
Mengheret dibawah tapak kakimu pohon yang berwarna malam.

Dipetik Dari Buku Pameran Seni Khat Universiti Malaya 1975

Ø  CARA UNTUK MERAUT MATA HANDAM ( MATA PEN ) AGAR SERASI DENGAN TUANNYA.

Batang kayu perlulah yang tua, keras dan cukup kering supaya pen yang hendak anda gunakan lebih sedap dan tahan lama. Potong batang pen ( buluh, resam, kayu, atau sebagainya ) sepanjang 1 jengkal atau mengikut pada tangan anda masing-masing, pastikan berhati-hati semasa memotong batang pen. Dapatkan ukurlilit atau saiz bagi setiap batang pen yang hendak di potong bagi menentukan saiz mata pen semasa hendak diraut.
Jarak 2.5cm hingga 3.0cm dari hadapan mata pen adalah ukuran yg sesuai utk meraut dan mengasah mata pen tersebut. Gunakan mata pisau yang tajam ( pisau cutter ). Gunakan ibu jari kiri utk menolak belakang pisau ketika proses meraut mata pen sedang di lakukan.

Pastikan potong mata handam ( mata pen ) dengan sekali tekan sahaja ( jangan di lakukan dengan cara berhenti-henti, sekali lalu sahaja dan seterusnya ). Kecondongan mata pen yang sesuai ialah mengikut condong ukuran jari telunjuk dan jari hantu anda bukan mengikut jari atau pen kawan anda.

Sebelum memotong, pastikan ukuran mata pen dahulu dan pilih batang handam ( batang pen yang sesuai dengan saiz mata pen yang anda inginkan ). Ketika kerja memotong kecondongan mata pen, pastikan jangan lupa menggunakan alas atau lapik dgn kayu yang rata.
Selepas siap memotong mata pen, asah mata pen tersebut dengan kertas pasir yang halus, kesesuain kertas pasir diantara 900 hingga 1000 ( kod halus kertas pasir ). Sekiranya anda ingin mata pen lebih licin, anda boleh mengasahnya di atas permukaan cermin. Sambil memegang batang pen ( seperti sedang menulis ) asahkan kekiri dan kekanan 8 kali kemudian kebawah 3 kali ( seolah-olah anda sedang menulis huruf hijaiyah contoh huruf alif dan huruf ba ).

Penjagaan mata pen perlulah di ambil perhatian bagi mengelakkan mata pen rosak, lapkan mata pen selepas di gunakan, simpan mata pen seperti anda menyimpan peralatan yang anda sayang bagi mengelakkan kerosakan mata pen.
           
2.3 STRUKTUR HURUF
Struktur huruf Khat Thuluth adalah tinggi dan hurufnya lebar. Untuk menghasilkan sesuatu huruf mestilah mempunyai titik empat untuk menghasilkan sesuatu huruf tersebut


Tip menyusun ayat ketika menulis khat thuluth. Untuk pengetahuan semua, sesuatu susunan khat yang cantik sebenarnya memerlukan kepada berkali-kali percubaan menyusun dan mengolah tarkibnya sehinggalah ia menjadi suatu karya yang sangat indah dan estatik dan memukau pandangan orang. Lebih  banyak percubaan menyususn dilakukan maka lebih baik susunan tersebut. Untuk mencipta susunan yang baik memerlukan daya kreativiti yang tinggi untuk anda keluarkan idea-idea baru tanpa meniru gaya orang lain. Usaha ini mesti dilakukan dengan penuh sabar dan teliti. Pelbagai cara dan kaedah menyusun boleh dilakukan, bergantung kepada bentuk susunan dan ayat. Di sini saya tunjukkan cara yang paling asas dan mudah kepada anda untuk dicuba.
   

Pertama: Melakar dengan pensil. Peringkat ini adalah paling asas dan anda boleh mencuba beberapa kali sehingga susunan tersebut kemas dan betul bacaannya. Ketika menyusun perlu diberi perhatian huruf yang awal mesti di hadapan dan begitu juga sebaliknya.
Kedua: Melakar dengan pen dengan cara menekap kertas tracing paper di atas kertas lakaran pensil tadi dan dilakar huruf mengikut susunan pensil. pada peringkat ini juga sebaiknya ditentukan saiz mata pen yang bersesuaian dengan huruf.
Ketiga: Menulis menggunakan pen yang saiz matanya bersesuaian dengan ketebalan huruf di atas kertas yang akan dijadikan karya sebenar. Anda boleh menggunakan meja berlampu (light Box) di peringkat ini dengan menulis secara berhati-hati dan penuh sabar sehingga selesai.
Contoh di atas adalah Khat Thuluth, surah Ad-Dhuha

Khat Thuluth merupakan khat yang sangat indah. Ketika menulis, kebiasaannya susunan dilakukan dengan melakar huruf dari atas ke bawah atau boleh juga dari bawah ke atas. Ahli-ahli khat meletakkan huruf itu seolah-olah sedang menyusun batu-batu binaan. Biasanya struktur Khat Thuluth dilakukan dalam bentuk lurus, empat segi, bujur telur dan bentuk-bentuk lain berdasarkan kepada citarasa dan keperluan khusus seseorang jurukhat seperti bentuk bunga, daun, keris dan sebagainya.

Apa yang dilakukan ini bukanlah bertujuan untuk memuaskan minat penulis khat dalam seni lukis akan tetapi ia sebagai satu percubaan unrtuk mencari bentuk baru dan struktur yang berbagai-bagai. Ungkapan keyript Thuluth iaitu Thuluth bercampur-baur yang dilakukan oleh jurukhat adalah bertujuan untuk menonjolkan keindahan seninya dan ketika itu mereka sentiasa mengawasi lafaz jalalah (Allah) agar tidak berada distruktur bahagian bawah.

2.4 KECONDONGAN MATA PENA YANG SESUAI UNTUK MENULIS KHAT THULUTH DAN KECONDONGAN YANG SESUAI UNTUK MENULIS SEMUA JENIS KHAT
Sebelum memulakan penulisan, kita perlu sediakan semua peralatan yang diperlukan untuk menulis khat seperti pen khat, pensil dimensi, dakwat, kertas dan sebagainya.  Selain itu perkara penting dalam penulisan khat ialah darjah kecondongan untuk menulis khat. Kecondongan mata pen yang sesuai ialah mengikut condong ukuran jari telunjuk dan jari hantu anda bukan mengikut jari atau pen kawan. Darjah kecondongan yang sesuai bagi semua jenis khat ialah 75 darjah dan kecondongan bagi menulis khat thuluth ialah 45 darjah.



3.0  HURUF ALIF
            3.1 SIFAT HURUF ALIF DAN HURUF-HURUF LAIN YANG ADA PERSAMAAN DENGANNYA

Huruf alif bersifat menegak tetapi haruslah dicondongkan sedikit ke sebelah kiri. Huruf ini juga mempunyai zuluf ataupun dipanggil topi di bahagian atas. Antara huruf yang mempunyai persamaan dengannya ialah huruf Kaf, Lam dan Aliflam.

                   


3.2  BENTUK HURUF ALIF DI AWAL DAN DI AKHIR PERKATAAN


3.3  HURUF LAM DI AWAL, DI TENGAH DAN DI AKHIR PERKATAAN









3.4  RAGAM BENTUK KEPALA HURUF ALIF DAN HURUF LAIN YANG MEMPUNYAI PERSAMAAN DENGANNYA


4.0  HURUF BA’, TA’ DAN THA’
           
4.1  BENTUK HURUF BA’ TA’ THA’ YANG TUNGGAL

            4.2  BENTUK HURUF BA’ DI AWAL PERKATAAN

           

            4.3  BENTUK HURUF BA’ DI TENGAH PERKATAAN


           
4.4  BENTUK HURUF BA’ DI AKHIR PERKATAAN

Bentuk huruf Ba’ juga boleh menjadi tunggal apabila berada di depan huruf yang tidak boleh bersambung seperti huruf Ra’.
                             


5.0  HURUF JIM HA’ DAN KHA

            5.1  BENTUK HURUF JIM, HA’ DAN KHA YANG TUNGGAL




           




5.2  BENTUK KEPALA HURUF JIM DI AWAL PERKATAAN


            5.3  BENTUK HURUF JIM DI TENGAH PERKATAAN


            5.4  BENTUK HURUF JIM DI AKHIR PERKATAAN
6.0  BENTUK HURUF DHAL DAN ZHAL TUNGGAL


6.1  BENTUK HURUF DHAL YANG BERSAMBUNG DI TENGAH


6.1  BENTUK HURUF DHAL DI AKHIR PERKATAAN

7.0 BENTUK HURUF RA’ DAN ZAI TUNGGAL


7.1  BENTUK HURUF RA’ DI AWAL PERKATAAN


7.2  BENTUK HURUF RA’ DI TENGAH PERKATAAN




7.3  BENTUK HURUF RA’ DI AKHIR KALIMAH


8.0  HURUF SIN TUNGGAL







8.1 BENTUK HURUF SIN YANG BERSAMBUNG DI AWAL PERKATAAN


8.2  HURUF SIN DAN SYIN YANG BERSAMBUNG DI TENGAH DAN AKHIR PERKATAAN







9.0  BENTUK HURUF SOD DAN DHOD TUNGGAL


9.1  BENTUK HURUF SOD DI AWAL, TENGAH DAN AKHIR PERKATAAN


10.0  BENTUK HURUF THO TUNGGAL



10.1 BENTUK HURUF THO BERSAMBUNG


11.0  BENTUK HURUF AIN TUNGGAL



Ø  LANGKAH UNTUK MEMBUAT HURUF AIN


11.1  BENTUK HURUF AIN BERSAMBUNG
Ø  DEPAN


Ø  TENGAH DAN AKHIR PERKATAAN
12.0   BENTUK HURUF FA TUNGGAL


Ø  LANGKAH UNTUK MEMBUAT HURUF FA


12.1  BENTUK HURUF FA BERSAMBUNG DI AWAL DAN TENGAH PERKATAAN



13.0  BENTUK HURUF KAF TUNGGAL


Ø  CARA UNTUK MELAKAR HURUF KAF


Huruf kaf + alif, ba, jim, ra, dal, sin
  • Kaf as-Saifi : Kaf menegak, Apabila bersambung dengan alif, ruang dalam 3 titik, bentuknya agak pendek. Apabila bersambung huruf ba, kaf ini lebih tinggi. Ketika menarik turun, perlu dilengkungkan sedikit ke dalam dan ke luar.
  • Kaf az-Zanadi : Kaf melintang, Panjang keseluruhan 8 titik sebelum menurun 2 titik. Tarik lapisan bawah menurun dengan kadar 1 titik. Jarak lapisan atas dan bawah 1 titik (mula) dan 1 1/2 titik (akhir) .


13.1 BENTUK HURUF KAF BERSAMBUNG DI AWAL KALIMAH





13. 2 BENTUK KAF DI TENGAH KALIMAH


13.3  BENTUK KAF DI AKHIR PERKATAAN


14.0  BENTUK HURUF LAM TUNGGAL



14. 1 BENTUK HURUF LAM YANG BERSAMBUNG DI AWAL, TENGAH DAN KALIMAH


15.0  BENTUK HURUF NUN TUNGGAL



15. 1  GAYA BENTUK HURUF NUN BERSAMBUNG DI AWAL, TENGAH DAN AKHIR PERKATAAN



16.0  GAYA BENTUK HURUF MIM TUNGGAL




16.1 BENTUK MIM BERSAMBUNG DI AWAL, TENGAH DAN AKHIR KALIMAH


17.0  BENTUK WAU TUNGGAL


17.1  GAYA HURUF WAU BERSAMBUNG DI AWAL, TENGAH DAN AKHIR PERKATAAN




18.0 BENTUK HURUF HA TUNGGAL
HURUF HA
Huruf Ha Khat Thuluth
  • Huruf ha tunggal mempunyai dua bentuk
  1. Ain Hirrah
  2. Mufradah Muthallathah
  • Ha di awal boleh digunakan tiga bentuk
  • Ha di tengah mempunyai empat jenis yang perlu disesuaikan dengan huruf-huruf tertentu
  • Ha di akhir ada dua bentuk:
  1. Mulhaqah
  2. Mudghamah
  • Ha Lafzul Jalalah mempunyai kaedah tersendiri. Bentuknya lebih tinggi dari kebiasaan.

18.1  BENTUK HURUF HA YANG BERSAMBUNG








18.2 CONTOH AYAT HURUF HA YANG BERSAMBUNG


19.0 BENTUK HURUF LAMALIF TUNGGAL


19.1 CONTOH AYAT YANG MENUNJUKKAN LAMALIF YANG BERSAMBUNG






20.0  GAYA BENTUK HURUF YA TUNGGAL



20.1 CONTOH HURUF YA YANG BERSAMBUNG



BENTUK BARIS DAN RAGAM HIASAN KHAT THULUTH
Bentuk baris dan hiasan sangat penting dalam penulisan Khat Thuluth dan merupakan satu kemestian dalam penulisan Khat Thuluth. Ini kerana kedua-duanya akan menambahkan kecantikan dan keseimbangan Khat Thuluth. Kedua-duanya mesti ditulis dengan seimbang dan halus. Saiz baris dan hiasan satu pertiga mata pen dan ada juga sama dengan saiz huruf. Bentuk baris dan ragam Khat Thuluth terbahagi kepada dua jenis.



BENTUK  BARIS DAN HIASAN DI ATAS HURUF :
  Bentuk baris dan hiasan di bawah huruf:



Dua huruf yang paling susah dalam khat thuluth iaitu HA dan AIN… Lihatlah, di setiap sudutnya ada ukuran titik yang terperinci. Kita mesti membuatnya dengan free hand, tanpa bantuan apa-apa, tidak boleh ditekap (trace). Kemudian setelah jadi bentuknya, kita beralih pula kepada latihan mengekalkan bentuk huruf supaya semuanya sama atau latihan mengkonsistenkannya pula.. sebenarnya inilah latihan yang lebih susah daripada membentuk huruf tadi, tetapi ia sangat penting di dalam seni khat. Latihan inilah yang dinamakan ‘masyaq’. Seperti kata pepatah Arab:
الخط مخفى فى تعليم الأستاذ ودوامه فى كثرة المشق
“Rahsia seni khat tersembunyi di tangan guru, dan untuk mengekalkannya adalah dengan masyaq yang berterusan”.

Di dalam Khat thuluth terdapat banyak kaedah penulisan yang sangat detail. Sedikit perbezaan, menyebabkan kita salah atau betul dengan kaedahnya. Di sini saya cuba kemukakan dua bentuk tulisan sebagai pendedahan kepada rakan-rakan untuk kita kongsi bersama dan dijadikan panduan. Cuba anda berikan jawapan diantara (A) dan (B), mana yang betul, mana yang salah dan kenapa..?
Perbezaan dalam khat thuluth
Terima kasih kepada anda yang telah memberi respon pada persoalan di atas. Sebenarnya perkara ini adalah diantara beberapa kesalahan tulisan yang saya temui ketika menghakimi pertandingan-pertandingan seni khat, termasuk juga Pertandingan Seni Khat Marhaban di Astro baru-baru ini. Banyak lagi masalah-masalah yang lain. Tapi kali ini saya cuba ketengahkan kaedah penulisan (bainahum) ini dahulu. Sebabnya, bagi saya ia cukup halus dan terperinci dari segi kaedahnya. Sepintas lalu, seolah-olah tiada beza.. Tetapi sebenarnya ternyata ada perbezaan yang jelas dan merumitkan. Dengan perubahan yang sedikit, ia akan membuatkan satu huruf menjadi tiga huruf.
Dan jawapannya, diantara (A) dan (B), maka pilihan yang tepat untuk kalimah ‘BAINAHUM’ adalah (A), kerana bentuk huruf yang pertama dan kedua adalah bentuk huruf BA dan YA. Manakala bagi (B) pula, gigi awal dan keduanya adalah gigi huruf SIN. Sekarang cuba kita perhatikan secara detail, diantara dua bentuk ini sebenarnya dipisahkan oleh pergerakan yang sangat halus. Perbezaannya hanyalah pada permulaan diantara ‘sin’ dan ‘ba’. Ketika menarik kebawah, Sin harus lebih pendek dan halus manakala ba lebih besar sedikit. Kemudian di penghujung gigi yang pertama. Kedua-duanya ada sedikit perbezaan ketika menolak naik. Seterusnya pada permulaan gigi yang kedua, pergerakan ketika melengkung turun juga berbeza dan lebar ba seluas dua titik dan sin hanya satu setengah titik.
Penulisan perkataan BAINAHUM di dalam khat thuluth, sebenarnya boleh dipelbagaikan. Pada pengamatan saya, kepelbagaian bentuknya yang boleh dibuat hampir mencecah bua puluh bentuk.

4 ulasan:

  1. Coin Casino | $4000 Bonus | Online casinos with real
    At the end of 2016, a 메리트 카지노 고객센터 total of $4000 on signup, you are in the process of signing septcasino up. Play the 인카지노 casino with $4000!

    BalasPadam