1.0 PENGENALAN
1.1 ASAL
USUL KALIGRAFI KHAT
Seni kaligrafi Islam seringkali
dikaitkan dengan seni khat. Kaligrafi secara umumnya mempunyai maksud seni
penulisan yang indah. Apabila ianya dikaitkan dengan Islam, membawa kepada seni
penulisan Islam yang indah iaitu tulisan khat. Perkataan kaligrafi ini berasal
dari bahasa Yunani iaitu kalios yang bererti indah dan graphia yang bererti
tulisan. Seni ini diciptakan dan dikembangkan oleh kaum muslim sejak kedatangan
Islam. Sebagai bahasa yang memiliki karakter lembut dan artistik, huruf Arab
menjadi bahan yang sangat kaya untuk penulisan kaligrafi. Kaligrafi Islam ini
juga sangat berkaitan dengan Al-Quran dan hadis kerana sebahagian besar tulisan
indah dalam bahasa Arab menampilkan ayat al-Quran atau hadis Nabi S.A.W.
Seni khat ini merupakan
salah satu bidang kesenian yang amat diminati oleh orang Islam. Keindahannya
diabadikan di bangunan-bangunan, kubah masjid, seramik kaca selain diukir
diatas kayu dan logam. Dari semasa ke semasa sejak zaman Rasulullah S.A.W. hingga
hari ini, seni khat terus berkembang dan meningkat pencapaian dan
kecemerlangannya. Seni khat ini juga telah menghasilkan pelbagai seni reka
bentuk khat. Selepas 100 tahun kewafatan Rasulullah S.A.W. seni ini telah
berada dipuncak kegemilangannya.
Seni khat bukan sahaja
berperanan mengabadikan Al-Quran dalam bentuk tulisan akan tetapi juga turut
mengabadikan sebahagian ayat dari Al-Quran tersebut di bangunan-bangunan
masjid, rumah dan sebagainya. Ahli khat bukan sahaja terdi dari kalangan orang
Arab bahkan pelbagai keturunan Islam yang lain diseleruh dunia termasuk Parsi,
Turki, India, Melayu dan lain-lain lagi. Perkembangan seni khat diseluruh dunia
pesat sekali, seiring dengan perkembangan dakwah Islamiyyah dan ilmu Islam.
1.2 DEFINISI
KHAT THULUTH
Thuluth bermaksud satu pertiga (1/3).
Dinamakan Khat Thuluth adalah kerana Huruf menegaknya ditulis dengan mata pena
yang ukuran lebar menyamai satu pertiga (1/3) lebar mata pen. Ia juga dikenali
sebagai Khat Arab disebabkan peranannya sebagai sumber asasi pelbagai khat Arab
yang lahir selepas Khat Kufi. Khat ini dikenali sebagai Ummul Khutut (Ibu
tulisan) dan jarang digunakan dalam penyalinan al-Quran lengkap kerana
mempunyai banyak kaedah, menentukan ukurannya dengan bilangan titik yang sesuai
pada setiap huruf, agak rumit serta memerlukan kemahiran yang tinggi untuk
menulisnya. Biasanya khat ini ditulis dengan pena yang lebar matanya diantara 2
hingga 3 mm.
Ada
pendapat mengatakan asalnya khat ini ditulis menebal dengan 24 helaian bulu
kuda. Kemudian ketika jenis ini ditulis pula dengan menggunaka 2/3 menjadikan
namanya Khat Thulutain ( 2/3), kemudian terakhir ditulis dengan menggunakan 1/3
daripada 24 helaian bulu kuda menjadikan namanya Thuluth(1/3) iaitu 8 helaian
bulu kuda. Khat ini merupakan khat yang paling sukar dibandingkan dengan
tulisan khat yang lain dari segi kaedah, ukuran, gaya memperelok atau kemampuan
untuk menghasilkan tulisan yang tepat ukiran dan seninya. Digunakan dalam
menghiasi bangunan ruang-ruang dinding dan kubah di masjid-masjid.
Jika ia lebih lebar
daripada itu maka orang-orang Turki memanggilnya tuqechah thuluth yakni thuluth
yang dibesarkan. Kemudian ia dikenali dengan nama thuluth jali (sumber-sumber
arab silam mensifatkan dengan panggilan jalil al-thuluth). Apabila mata pena
lebih besar daripada saiz yang tetap pada pena yang biasa maka dibuat untuknya
pena daripada kayu. Saiz-saiz tulisan jali berada pada kadar yang tangan
manusia mampu memegang penanya (Qadi al-Askar Mustafa ’Izat Afandi dalam
menulis loh-loh di masjid Aya Sufia menggunakan mata pena yang luasnya mencapai
35sm). Jika keadaan memerlukan tulisan-tulisan itu melebihi saiz tersebut atau
bersaiz besar, maka ia ditulis mengikut saiz thuluth jali yang biasa kemudian
dilakukan pembesaran (enlargement) mengikut kaedah empat segi atau menggunakan
pelbagai peralatan teknologi yang terdapat pada hari ini seperti photocopy,
komputer dan sebagainya.
Bentuk thuluth yang lebar
mata penanya melebihi 6mm dinamakan Thuluth Jali, manakala yang melebihi 2mm
ialah Thuluth Aadi. Ia diperkenalkan oleh Ibrahim al- Sajzi dan banyak
digunakan sebagai seni hiasan di dalam masjid, nama surah dan hiasan kulit
buku. Seseorang penulis khat tidak dianggap penulis yang mahir dalam seni ini
sekiranya tidak benar – benar berkemahiran dalam bentuk Khat Thuluth.
Perhatian berat para ahli
khat terhadap khat thuluth, khususnya khat thuluth jali sepanjang sejarah khat
bukanlah merupakan satu perkara yang lahir secara mendadak. Khat ini dikenali
dengan tulisan yang agak cantik. memandangkan ia tidak dapat ditulis secepat
khat nasakh maka ia biasanya digunakan untuk tujuan-tujuan seni yang khusus,
bukan untuk tujuan penulisan biasa. Oleh itu kita sering dapati khat ini dalam
kepingan-kepingan seni, muraqqa’at dan loh-loh serta hasil kerja seni yang
lain. Khat ini menyebabkan orang yang memandangnya akan membiasakan diri mereka
dengan unsur keindahan dan gerakan yang tersusun.
Ø
ANTARA JENIS KHAT THULUTH
i.
Khat
Thumar
ii.
Khat
al-Muhaqqaq
iii.
Khat
Raihani
iv.
Khat
al-Thuluthain
v.
Khat
Musalsal
1.3 BENTUK-BENTUK
KHAT THULUTH
Merupakan khat yang paling cantik dilihat dan yang
paling sukar untuk ditulis. Berbeza dengan Khat Nasakh dengan
kelembutannya dan besar ukuran hurufnya. Kebanyakan huruf mempunyai
beberapa bentuk seperti huruf ba , dal, ra, a`in, kaf, mim,
nun, ha, lam alif dan ya. Oleh yang demikian, penulis boleh
menulis pelbagai bentuk huruf dalam penulisannya.
Ø
KEISTIMEWAAN DAN SIFAT KHAT THULUTH
Keistimewaan thuluth (khususnya
thuluth jali) daripada segala jenis khat yang lain ialah ia boleh di letakkan
dalam struktur-struktur dan rupa bentuk yang cantik seperti bulat, segi empat,
bujur dan sebaginya. Para jurukhat yang menitikberatkan khat ini sering
melakukan pembaharuan struktur (olahan) dengan khat ini yang merangkumi dua
lapisan huruf atau lebih yang sebahagiannya diletakkan di atas sebahagian yang
lain mengikut susunan bacaan. Ini merupakan kerja yang sangat sukar, hanya
mampu dilakukan oleh jurukhat yang mahir dan berkaliber. kadangkala satu
ungkapan ditulis dalam beberapa struktur yang mengandungi pelbagai bentuk dan
tulisan. Peniruan sesetengah jurukhat terhadap struktur-struktur para jurukhat
silam dan digunakan secara komersial tanpa menerangkan sumber yang beliau
dapati sebenarnya merupakan pancabulan terhadap hak-hak mereka dan satu amalan
yang tidak wajar.
Tulisan khat Thuluth lebih bersifat
monumental, dipakai terutamanya untuk tujuan-tujuan dekorasi pelbagai manuskrip
dan inskripsi sebagaimana banyak dipakai untuk menghiasi tembok-tembok gedung.
Orang yang memulakan khat ini ialah Wazir Ibn Muqlah.
Bentuk baris dan hiasan
sangat penting dalam penulisan Khat Thuluth dan merupakan satu kemestian dalam
penulisannya. Ini kerana kedua-duanya akan menambahkan kecantikan dan
keseimbangan karya Khat Thuluth. Kedua-duanya mesti ditulis dengan seimbang dan
halus. Saiz baris dan hiasan satu pertiga mata pen dan ada juga sama dengan
saiz huruf. Bentuk baris dan ragam Khat Thuluth terbahagi kepada dua jenis.
Terdapat pelbagai
perubahan yang boleh dibuat dengan menggunakan perkataan BAINAHUM di daam Khat
Thuluth. untuk perkataan ini sahaja kita boleh tulis dalam pelbagai cara dan
gaya dengan bilangannya hampir mencecah dua puluh bentuk. Di bawah ini adalah
sebahagian daripadanya.
Susunan ‘BAINAHUM’ dalam pelbagai
bentuk
Ø KAEDAH
PENULISAN KHAT THULUTH
Ø Kaedah Umum Khat Thuluth
Khat thuluth adalah khat yang paling
susah untuk dikuasai. Ia mempunyai banyak kaedah penulisan yang sangat detail
dan halus yang harus dikuasai oleh seorang penulis khat dengan tepat. Tambahan
pula, susunan untuk sesuatu perkataan dan cara menulisnya boleh dipelbagaikan
agar sesuai dengan ruang dan karya yang dibuat. Dan kepelbagaian susunan itu
pula mempunyai kaedahnya tersendiri yang mesti diikuti.
Khat Thuluth memerlukan latihan
yang banyak dan
berterusan bagi mendapatkan tulisan bentuk-bentuk huruf dengan tepat dan
cantik. Selain itu, latihan ini juga adalah satu senaman untuk melembutkan
pergerakan tangan semasa menulis.
Pada peringkat permulaan,
penggemar Khat Thuluth perlu memperbanyakkan latihan dengan menulis huruf-
huruf tunggal dari huruf alif hingga huruf ya pada setiap hari untuk
membiasakan pergerakan tangan menulis huruf-huruf mengikut timbangannya yang
sebenar.
Untuk mendapatkan hasil tulisan
Khat Thuluth yang halus, menuntut kepada pembelajaran dengan guru yang
muktabar. Penulis yang mahu
mengetahui rahsia Khat Thuluth hendaklah menulis Qasidah nun dan amsyak yang
sering di tulis oleh penulis yang terkenal .
Ø
TEKNIK KHAT THULUTH
Penulisan khat thuluth atau thuluth
jali perlu dilengkapkan dengan tanda-tanda bacaan atau baris walau apapun
bahasa yang ditulis, samada Arab, Melayu, Turki dan sebagainya. Setelah itu,
ruang-ruang kosong akan dipenuhkan pula dengan tazyin iaitu simbol-simbol khas
yang diletakkan di atas atau di bawah huruf. Ini menyebabkan khat thuluth atau
thuluth jali kaya dengan tanda-tanda dan simbol-simbol seperti yang dilihat
pada hari ini.
Cara dan
tradisi yang diikuti sejak dahulu ketika menulis khat thuluth ialah tidak
boleh ditinggalkan ruang kosong pada sesuatu susunan (tarkib) tetapi mesti
dipenuhi dengan pertama huruf. Kedua baris atau tanda bacaan. Ketiga tazyin
yang bersesuaian.
Pena untuk
baris (qalam harakat) ialah 1/2 daripada saiz pena huruf, manakala untuk tazyin
penanya bersaiz 1/3 daripada ukuran pena huruf. Pada sesetengah tempat pena
huruf digunakan untuk menulis harakat terutama digunakan untuk sukun, dammah
dan baris fathah yang ditarik panjang bagi memenuhi ruang kosong. Begitu juga
pena baris boleh digunakan untuk membuat tazyin pada tempat-tempat tertentu.
Pengaturan ini bergantung kepada kreativiti penulis khat itu sendiri.
Khat thuluth
seperti juga khat-khat yang lain, diukur dengan keluasan titik saiz pena. Jika
saiznya besar maka besarlah huruf yang ditulis begitu juga jika kecil, saiz
huruf juga akan mengecil. Sebagai contoh, sekiranya kita menggunakan pena
bersaiz 1 mm, maka saiz hurufnya bersesuaian 1 mm dan seterusnya. Penggarisan
saiz huruf dan panjang garis tegaknya diukur dengan menghitung titik.
Kadangkala ahli khat tidak terlalu berpegang dengan ukuran ini, tetapi
penulisannya tidaklah menyimpang terlalu jauh daripada kaedah asal. Jika apa yang
dilakukan oleh ahli khat itu menyimpang jauh daripada ukuran ini, bererti
rosaklah kesejajaran umum yang menjadi punca kesempurnaan khat sepanjang zaman.
2.0
ALATAN DAN BAHAN
2.1 SUMBER ALAM UNTUK DIJADIKAN PENA
DAN DAKWAT
Peralatan yang harus dipersiapkan
sebelum memulai penulisan kaligrafi terdiri dari dua jenis, iaitu peralatan
pokok dan peralatan pendukung. Peralatan pokok ada empat sebagaimana seorang
penyair Arab melukiskan putaran perempat dalam senandungnya :
Seperempat tulisan ada
pada hitam tintanya , Seperempat: indahnya kreasi sang penulis, Seperempat ada
pada kalam atau pena, serasikan potongannya. Dan pada kertas-kertas pada faktor
keempat.
Di Malaysia, batang pokok
paku resam amat terkenal di dalam penulisan khat. Mushaf malaysia terbitan
yayasan restu merupakan mushaf yang ditulis menggunakan pena batang resam
resam. Gambar di atas merupakan contoh pokok paku resam. Ianya biasa didapati
di tepi lereng bukit atau kaki bukit di tepi jalan atau lebuhraya. Batangnya
yang sudah cukup tua berwarna coklat dikerat dan dibiarkan selama seminggu
untuk pengeringan. Pengeringan pula tidak boleh dijemur di bawah matahari
kerana ia boleh membawa kerekahan. Untuk mendapatkan kerapuhan batang resam,
ianya boleh digoreng dlm 3 minit di dalam kuali tanpa minyak dengan api yang
perlahan. Setelah batang resam benar-benar keras, ianya boleh di asah dan
matanya lebih keras berbanding pena batang buluh. Kelemahan batang resam ialah
ianya tidak mempunyai saiz batang yang besar seperti buluh, kemudian batangnya
agak bengkok tidaklah selurus buluh .
Mata pena pulpen cair biasanya
digunakan untuk tulisan selebar 2-3 mm. Untuk ukuran lebih lebar, dapat digunakan
kalam lain seperti tangkai bambu, ranting kayu, roan, handam, batang emas,
batang enau atau aren. Sedangkan kapur tulis atau dobel pensil dapat digunakan
untuk mendesain tulisan yang lebih lebar lagi dari ukuran kalam-kalam tersebut.
Pada dasarnya kalam dapat dibuat dari apa saja yang memungkinkan. Asal banyak
akal, benda sederhana seperti kayu dapur atau ranting di tempat sampah dapat
dijadikan kalam. Spidol besar atau kecil yang mata penanya dipotong miring dan
ditipiskan juga dapat dijadikan bahan kalam khat.
Ø
PETUA UNTUK MEMILIH QALAM
Warna qalam mestilah yang perang,
tidak keras seperti batu, tidak hitam, tidak terlalu pendek dan tidak terlalu
panjang. Besar sebatang qalam hendaklah sederhana, tidak gemuk dan tidak kurus.
Selain itu juga, sebatng pena mestilah tidak bengkok atau mempunyai pusar.
Qalam itu juga janganlah terlampu keras atau lembut. Jika dari qalam itu terbit
noktah yang elok bentuknya dapat menghasilkan tulisan yang indah. Uji qalam itu
dengan membuat noktah.
2.2
CARA MENGUJI SEBATANG QALAM
Anda adalah rupawan yang ganjil, wahai
qalam yang berbaju merah
Berbelah lidah dalam pertuturan ,
tetapi bisu
Menunjukkan pendirianmu yang tegak
mempunyai bayang
Mengheret dibawah tapak kakimu pohon
yang berwarna malam.
Dipetik Dari Buku Pameran Seni Khat
Universiti Malaya 1975
Ø
CARA
UNTUK MERAUT MATA HANDAM ( MATA PEN ) AGAR SERASI DENGAN TUANNYA.
Batang kayu perlulah yang tua, keras
dan cukup kering supaya pen yang hendak anda gunakan lebih sedap dan tahan
lama. Potong batang pen ( buluh, resam, kayu, atau sebagainya ) sepanjang 1
jengkal atau mengikut pada tangan anda masing-masing, pastikan berhati-hati
semasa memotong batang pen. Dapatkan ukurlilit atau saiz bagi setiap batang pen
yang hendak di potong bagi menentukan saiz mata pen semasa hendak diraut.
Jarak 2.5cm hingga 3.0cm
dari hadapan mata pen adalah ukuran yg sesuai utk meraut dan mengasah mata pen
tersebut. Gunakan mata pisau yang tajam ( pisau cutter ). Gunakan ibu jari kiri
utk menolak belakang pisau ketika proses meraut mata pen sedang di lakukan.
Pastikan potong mata
handam ( mata pen ) dengan sekali tekan sahaja ( jangan di lakukan dengan cara
berhenti-henti, sekali lalu sahaja dan seterusnya ). Kecondongan mata pen yang
sesuai ialah mengikut condong ukuran jari telunjuk dan jari hantu anda bukan
mengikut jari atau pen kawan anda.
Sebelum memotong, pastikan
ukuran mata pen dahulu dan pilih batang handam ( batang pen yang sesuai dengan
saiz mata pen yang anda inginkan ). Ketika kerja memotong kecondongan mata pen,
pastikan jangan lupa menggunakan alas atau lapik dgn kayu yang rata.
Selepas siap memotong mata
pen, asah mata pen tersebut dengan kertas pasir yang halus, kesesuain kertas
pasir diantara 900 hingga 1000 ( kod halus kertas pasir ). Sekiranya anda ingin
mata pen lebih licin, anda boleh mengasahnya di atas permukaan cermin. Sambil
memegang batang pen ( seperti sedang menulis ) asahkan kekiri dan kekanan 8
kali kemudian kebawah 3 kali ( seolah-olah anda sedang menulis huruf hijaiyah
contoh huruf alif dan huruf ba ).
Penjagaan mata pen
perlulah di ambil perhatian bagi mengelakkan mata pen rosak, lapkan mata pen
selepas di gunakan, simpan mata pen seperti anda menyimpan peralatan yang anda
sayang bagi mengelakkan kerosakan mata pen.
2.3
STRUKTUR HURUF
Struktur huruf Khat Thuluth adalah
tinggi dan hurufnya lebar. Untuk menghasilkan sesuatu huruf mestilah mempunyai
titik empat untuk menghasilkan sesuatu huruf tersebut
Tip menyusun ayat ketika menulis khat
thuluth. Untuk pengetahuan semua, sesuatu susunan khat yang cantik sebenarnya
memerlukan kepada berkali-kali percubaan menyusun dan mengolah tarkibnya
sehinggalah ia menjadi suatu karya yang sangat indah dan estatik dan memukau
pandangan orang. Lebih banyak percubaan menyususn dilakukan maka lebih
baik susunan tersebut. Untuk mencipta susunan yang baik memerlukan daya
kreativiti yang tinggi untuk anda keluarkan idea-idea baru tanpa meniru gaya
orang lain. Usaha ini mesti dilakukan dengan penuh sabar dan teliti. Pelbagai
cara dan kaedah menyusun boleh dilakukan, bergantung kepada bentuk susunan dan
ayat. Di sini saya tunjukkan cara yang paling asas dan mudah kepada anda untuk
dicuba.
Pertama: Melakar dengan pensil.
Peringkat ini adalah paling asas dan anda boleh mencuba beberapa kali sehingga
susunan tersebut kemas dan betul bacaannya. Ketika menyusun perlu diberi
perhatian huruf yang awal mesti di hadapan dan begitu juga sebaliknya.
Kedua: Melakar dengan pen dengan cara
menekap kertas tracing paper di atas kertas lakaran pensil tadi dan dilakar
huruf mengikut susunan pensil. pada peringkat ini juga sebaiknya ditentukan
saiz mata pen yang bersesuaian dengan huruf.
Ketiga: Menulis menggunakan pen yang
saiz matanya bersesuaian dengan ketebalan huruf di atas kertas yang akan
dijadikan karya sebenar. Anda boleh menggunakan meja berlampu (light Box) di
peringkat ini dengan menulis secara berhati-hati dan penuh sabar sehingga
selesai.
Contoh di atas adalah Khat Thuluth,
surah Ad-Dhuha
Khat Thuluth merupakan khat yang
sangat indah. Ketika menulis, kebiasaannya susunan dilakukan dengan melakar
huruf dari atas ke bawah atau boleh juga dari bawah ke atas. Ahli-ahli khat
meletakkan huruf itu seolah-olah sedang menyusun batu-batu binaan. Biasanya
struktur Khat Thuluth dilakukan dalam bentuk lurus, empat segi, bujur telur dan
bentuk-bentuk lain berdasarkan kepada citarasa dan keperluan khusus seseorang
jurukhat seperti bentuk bunga, daun, keris dan sebagainya.
Apa yang dilakukan ini
bukanlah bertujuan untuk memuaskan minat penulis khat dalam seni lukis akan
tetapi ia sebagai satu percubaan unrtuk mencari bentuk baru dan struktur yang
berbagai-bagai. Ungkapan keyript Thuluth iaitu Thuluth bercampur-baur yang
dilakukan oleh jurukhat adalah bertujuan untuk menonjolkan keindahan seninya
dan ketika itu mereka sentiasa mengawasi lafaz jalalah (Allah) agar tidak
berada distruktur bahagian bawah.
2.4
KECONDONGAN MATA PENA YANG SESUAI UNTUK MENULIS KHAT THULUTH DAN KECONDONGAN
YANG SESUAI UNTUK MENULIS SEMUA JENIS KHAT
Sebelum memulakan penulisan, kita
perlu sediakan semua peralatan yang diperlukan untuk menulis khat seperti pen
khat, pensil dimensi, dakwat, kertas dan sebagainya. Selain itu perkara penting dalam penulisan
khat ialah darjah kecondongan untuk menulis khat. Kecondongan mata pen yang sesuai
ialah mengikut condong ukuran jari telunjuk dan jari hantu anda bukan mengikut
jari atau pen kawan. Darjah kecondongan yang sesuai bagi semua jenis khat ialah
75 darjah dan kecondongan bagi menulis khat thuluth ialah 45 darjah.
3.0 HURUF ALIF
3.1 SIFAT HURUF ALIF DAN HURUF-HURUF
LAIN YANG ADA PERSAMAAN DENGANNYA
Huruf alif bersifat menegak tetapi
haruslah dicondongkan sedikit ke sebelah kiri. Huruf ini juga mempunyai zuluf
ataupun dipanggil topi di bahagian atas. Antara huruf yang mempunyai persamaan
dengannya ialah huruf Kaf, Lam dan Aliflam.
3.2 BENTUK HURUF ALIF DI AWAL DAN DI AKHIR
PERKATAAN
3.3
HURUF LAM DI AWAL, DI TENGAH DAN DI AKHIR PERKATAAN
3.4
RAGAM BENTUK KEPALA HURUF ALIF DAN HURUF LAIN YANG MEMPUNYAI PERSAMAAN
DENGANNYA
4.0
HURUF BA’, TA’ DAN THA’
4.1 BENTUK HURUF BA’ TA’ THA’ YANG TUNGGAL
4.2 BENTUK HURUF BA’ DI AWAL PERKATAAN
4.3 BENTUK HURUF BA’ DI TENGAH PERKATAAN
4.4 BENTUK HURUF BA’ DI AKHIR PERKATAAN
Bentuk huruf
Ba’ juga boleh menjadi tunggal apabila berada di depan huruf yang tidak boleh
bersambung seperti huruf Ra’.
5.0
HURUF JIM HA’ DAN KHA
5.1 BENTUK HURUF JIM, HA’ DAN KHA YANG TUNGGAL
5.2 BENTUK KEPALA HURUF JIM DI AWAL PERKATAAN
5.3 BENTUK HURUF JIM DI TENGAH PERKATAAN
5.4 BENTUK HURUF JIM DI AKHIR PERKATAAN
6.0
BENTUK HURUF DHAL DAN ZHAL TUNGGAL
6.1
BENTUK HURUF DHAL YANG BERSAMBUNG DI TENGAH
6.1
BENTUK HURUF DHAL DI AKHIR PERKATAAN
7.0 BENTUK HURUF RA’ DAN ZAI TUNGGAL
7.1
BENTUK HURUF RA’ DI AWAL PERKATAAN
7.2
BENTUK HURUF RA’ DI TENGAH PERKATAAN
7.3
BENTUK HURUF RA’ DI AKHIR KALIMAH
8.0
HURUF SIN TUNGGAL
8.1 BENTUK HURUF SIN YANG BERSAMBUNG
DI AWAL PERKATAAN
8.2
HURUF SIN DAN SYIN YANG BERSAMBUNG DI TENGAH DAN AKHIR PERKATAAN
9.0
BENTUK HURUF SOD DAN DHOD TUNGGAL
9.1
BENTUK HURUF SOD DI AWAL, TENGAH DAN AKHIR PERKATAAN
10.0
BENTUK HURUF THO TUNGGAL
10.1 BENTUK HURUF THO BERSAMBUNG
11.0 BENTUK HURUF AIN TUNGGAL
Ø
LANGKAH UNTUK MEMBUAT HURUF AIN
11.1 BENTUK HURUF AIN BERSAMBUNG
Ø
DEPAN
Ø
TENGAH DAN AKHIR PERKATAAN
12.0
BENTUK HURUF FA TUNGGAL
Ø
LANGKAH UNTUK MEMBUAT HURUF FA
12.1
BENTUK HURUF FA BERSAMBUNG DI AWAL DAN TENGAH PERKATAAN
13.0 BENTUK HURUF KAF TUNGGAL
Ø
CARA UNTUK MELAKAR HURUF KAF
Huruf kaf + alif, ba, jim, ra, dal,
sin
- Kaf as-Saifi : Kaf menegak, Apabila bersambung dengan alif, ruang dalam 3 titik, bentuknya agak pendek. Apabila bersambung huruf ba, kaf ini lebih tinggi. Ketika menarik turun, perlu dilengkungkan sedikit ke dalam dan ke luar.
- Kaf az-Zanadi : Kaf melintang, Panjang keseluruhan 8 titik sebelum menurun 2 titik. Tarik lapisan bawah menurun dengan kadar 1 titik. Jarak lapisan atas dan bawah 1 titik (mula) dan 1 1/2 titik (akhir) .
13.1 BENTUK HURUF KAF
BERSAMBUNG DI AWAL KALIMAH
13. 2 BENTUK KAF DI
TENGAH KALIMAH
13.3 BENTUK KAF DI AKHIR PERKATAAN
14.0 BENTUK HURUF LAM TUNGGAL
14. 1 BENTUK HURUF LAM
YANG BERSAMBUNG DI AWAL, TENGAH DAN KALIMAH
15.0 BENTUK HURUF NUN TUNGGAL
15. 1 GAYA BENTUK HURUF NUN BERSAMBUNG DI AWAL, TENGAH
DAN AKHIR PERKATAAN
16.0 GAYA BENTUK HURUF MIM TUNGGAL
16.1 BENTUK MIM
BERSAMBUNG DI AWAL, TENGAH DAN AKHIR KALIMAH
17.0 BENTUK WAU TUNGGAL
17.1 GAYA HURUF WAU BERSAMBUNG DI AWAL, TENGAH DAN
AKHIR PERKATAAN
18.0 BENTUK HURUF HA
TUNGGAL
HURUF HA
Huruf Ha
Khat Thuluth
- Huruf ha tunggal mempunyai dua bentuk
- Ain Hirrah
- Mufradah Muthallathah
- Ha di awal boleh digunakan tiga bentuk
- Ha di tengah mempunyai empat jenis yang perlu disesuaikan dengan huruf-huruf tertentu
- Ha di akhir ada dua bentuk:
- Mulhaqah
- Mudghamah
- Ha Lafzul Jalalah mempunyai kaedah tersendiri. Bentuknya lebih tinggi dari kebiasaan.
18.1 BENTUK HURUF HA YANG BERSAMBUNG
18.2 CONTOH AYAT HURUF
HA YANG BERSAMBUNG
19.0 BENTUK HURUF
LAMALIF TUNGGAL
19.1 CONTOH AYAT YANG
MENUNJUKKAN LAMALIF YANG BERSAMBUNG
20.0 GAYA BENTUK HURUF YA TUNGGAL
20.1 CONTOH HURUF YA
YANG BERSAMBUNG
BENTUK
BARIS DAN RAGAM HIASAN KHAT THULUTH
Bentuk
baris dan hiasan sangat penting dalam penulisan Khat Thuluth dan merupakan satu
kemestian dalam penulisan Khat Thuluth. Ini kerana kedua-duanya akan
menambahkan kecantikan dan keseimbangan Khat Thuluth. Kedua-duanya mesti
ditulis dengan seimbang dan halus. Saiz baris dan hiasan satu pertiga mata pen
dan ada juga sama dengan saiz huruf. Bentuk baris dan ragam Khat Thuluth
terbahagi kepada dua jenis.
BENTUK
BARIS DAN HIASAN DI ATAS HURUF :
Bentuk baris dan hiasan di bawah huruf:
Dua huruf
yang paling susah dalam khat thuluth iaitu HA dan AIN… Lihatlah, di setiap
sudutnya ada ukuran titik yang terperinci. Kita mesti membuatnya dengan free
hand, tanpa bantuan apa-apa, tidak boleh ditekap (trace). Kemudian setelah jadi
bentuknya, kita beralih pula kepada latihan mengekalkan bentuk huruf supaya
semuanya sama atau latihan mengkonsistenkannya pula.. sebenarnya inilah latihan
yang lebih susah daripada membentuk huruf tadi, tetapi ia sangat penting di
dalam seni khat. Latihan inilah yang dinamakan ‘masyaq’. Seperti kata pepatah
Arab:
الخط مخفى فى
تعليم الأستاذ ودوامه فى كثرة المشق
“Rahsia seni
khat tersembunyi di tangan guru, dan untuk mengekalkannya adalah dengan masyaq
yang berterusan”.
Di dalam Khat
thuluth terdapat banyak kaedah penulisan yang sangat detail. Sedikit
perbezaan, menyebabkan kita salah atau betul dengan kaedahnya. Di sini saya
cuba kemukakan dua bentuk tulisan sebagai pendedahan kepada rakan-rakan untuk
kita kongsi bersama dan dijadikan panduan. Cuba anda berikan jawapan diantara
(A) dan (B), mana yang betul, mana yang salah dan kenapa..?
Perbezaan
dalam khat thuluth
Terima kasih
kepada anda yang telah memberi respon pada persoalan di atas. Sebenarnya
perkara ini adalah diantara beberapa kesalahan tulisan yang saya temui ketika
menghakimi pertandingan-pertandingan seni khat, termasuk juga Pertandingan
Seni Khat Marhaban di Astro baru-baru ini. Banyak lagi masalah-masalah yang
lain. Tapi kali ini saya cuba ketengahkan kaedah penulisan (bainahum) ini
dahulu. Sebabnya, bagi saya ia cukup halus dan terperinci dari segi kaedahnya.
Sepintas lalu, seolah-olah tiada beza.. Tetapi sebenarnya ternyata ada
perbezaan yang jelas dan merumitkan. Dengan perubahan yang sedikit, ia akan
membuatkan satu huruf menjadi tiga huruf.
Dan
jawapannya, diantara (A) dan (B), maka pilihan yang tepat untuk kalimah
‘BAINAHUM’ adalah (A), kerana bentuk huruf yang pertama dan kedua adalah bentuk
huruf BA dan YA. Manakala bagi (B) pula, gigi awal dan keduanya adalah gigi
huruf SIN. Sekarang cuba kita perhatikan secara detail, diantara dua bentuk ini
sebenarnya dipisahkan oleh pergerakan yang sangat halus. Perbezaannya hanyalah
pada permulaan diantara ‘sin’ dan ‘ba’. Ketika menarik kebawah, Sin harus lebih
pendek dan halus manakala ba lebih besar sedikit. Kemudian di penghujung gigi
yang pertama. Kedua-duanya ada sedikit perbezaan ketika menolak naik.
Seterusnya pada permulaan gigi yang kedua, pergerakan ketika melengkung turun
juga berbeza dan lebar ba seluas dua titik dan sin hanya satu setengah titik.
Penulisan
perkataan BAINAHUM di dalam khat thuluth, sebenarnya boleh dipelbagaikan. Pada
pengamatan saya, kepelbagaian bentuknya yang boleh dibuat hampir mencecah bua
puluh bentuk.