Translate

Isnin, 4 November 2013

KHAT DIWANI


1.1 DEFINISI KHAT DIWANI 

Khat Diwani merupakan salah satu jenis khat yang dicipta oleh penulis zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniyyah. Ibrahim Munif adalah orang yang mencipta kaedah dan menentukan ukuran tulisan khat diwani. Khat Diwani dikenali secara rasmi selepas negeri Qostantinopal ditawan oleh sultan Uthmaniyyah, Muhammad Fatih pada tahun 857 Hijrah. 
Khat Diwani digunakan sebagai tulisan rasmi di jabatan-jabatan kerajaan. Seterusya, tulisan ini mula berkembang ke segenap lapisan masyarakat. Kebiasaannya tulisan khat diwani ini digunakan untuk menulis semua pekeliling pentadbiran, keputusan kerajaan serta surat menyurat rasmi dan pada masa sekarang ianya digunakan untuk menulis watikah, sijil dan untuk perhiasan.Khat Diwani terbahagi kepada dua jenis iaitu Diwani Biasa dan Diwani Mutarabit (bercantum). Akan tetapi, khat diwani biasa yang banyak digunakan dan diamalkan oleh penulis-penulis khat terkenal berbanding khat Diwani  Mutarabit. Khat ini dinamakan sedemikian kerana ianya digunakan di Dewan Uthmani Al-Humayani. Semua perintah diraja, pengumuman dan penyiaran ditulis dalam bentuk khat ini. 

1.2 BENTUK DAN SIFAT KHAT DIWANI 

Asas bentuk khat Diwani ini adalah berbentuk bulat dan melengkung. Ianya ditulis dengan cara yang lembut dan mudah dibentuk mengikut kehendak penulis. Keistimewaan khat Diwani dapat dilihat pada kesenian bentuk hurufnya yang melengkung dan memerlukan kemahiran penulis khat itu menulisnya dengan lembut dan menepati kaedah. Hashim Muhammad al-Baghdadi dan Syed Ibrahim merupakan antara penulis khat yang terkenal dengan khat Diwani. 
Selain itu, khat diwani ini meyerupai Khat Rikaah tetapi berbeza dari segi bentuk yang bulat dan melengkung huruf serta penulisan titik. Khat Diwani memerlukan latihan yang banyak dan berterusan bagi mendapatkan tulisan bentuk-bentuk huruf dengan tepat dan cantik. Dengan perbanyakkan latihan juga adalah satu senaman untuk melembutkan pergerakan tangan semasa menulis. 
Antara ciri-ciri yang ada padanya ialah huruf-hurufnya berpanca antara satu sama lain, mempunyai lebihan di atas dan berkeadaan terhulur dari atas. Bentuk khat Diwani agak sukar ditulis dan dibaca. Sifat Diwani terkenal dengan putarannya sehingga tidak satu pun huruf yang tidak mempunyai lengkungan. Goresannya yang lentur dan lembut memudahkan Diwani beradaptasi dengan tulisan apapun. Hal ini pula yang memudahkan para kaligrafer menulis dengan Diwani. 

Khat ini mempunyai bentuk yang tersusun dan tidak mempunyai baris atau hiasan. Keistimewaannya terserlah pada bentuknya yang bundar dan melengkung, sebenarnya ia lebih mudah ditulis dan dibentuk oleh seorang penulis berbanding khat – khat lain. Hurufnya juga boleh disesuaikan pada sebarang bentuk ruang dan situasi contohnya jika mencipta logo, mencipta desain, tulisan khas dan lain – lain lagi. 

Sebenarnya, apabila semakin sukar khat ini untuk dibaca, maka semakin dekat khat ini kepada tujuan asalnya dicipta. Menurut sejarah, khat ini asalnya dicipta untuk menjadi rahsia para pemerintah yang menhantar surat rasmi kepada para wakil kerajaan di merata wilayah. Sering kali berlaku rompakan dan serangan terhadap wakil kerajaan ketika dalam perjalanan, dengan itu surat tersebut dibaca dan isi kandungannya diketahui oleh musuh. Denga terciptanya gaya Diwani, maka hanya orang tertentu yang boleh membaca dan seterusnya menyampaikan mesej yang ingin disampaikan kepada orang yang berkelayakan. 
CONTOH HURUF TUNGGAL KHAT DIWANI
2.1 KECONDONGAN (DARJAH) UNTUK MENULIS KHAT DIWANIKebiasaannya darjah kecondongan umum bagi semua jenis khat dengan mata pena adalah 45 manakala berbeza dengan darjah kecondongan jenis Khat Thuluth adalah 75.  Ciri penting khat Diwani ialah condong ke kiri dan melengkung, serta menghasilkan seakan-akan bulatan yang bersambung- sambung pada bahagian dasar hurufnya. Amat jarang tanda baris digunakan dalam khat ini. 
3.1 RAGAM BENTUK HURUF ALIF YANG TUNGGAL 

alif kedua  alif pertama Gambar di atas menunjukkan bentuk huruf Alif tunggal. Terdapat dua bentuk  huruf Alif tunggal bagi Khat Diwani seperti gambar di atas.  Bentuk yang pertama adalah seperti di atas bermula dari atas ke bawah. Untuk membentuk di kepala huruf terlebih dahulu meruncing ke atas dengan menarik dari bawah ke atas tiga titik dan meruncing ke atas. Bermula dengan menarik pen pena dari atas ke bawah dalam setengah garisan dan ke bawah melengkung sedikit dan ke kiri sedikit ke bawah. Kedua pula, seperti huruf alif tunggal sebelum ini tetapi berbeza dari segi di ekor huruf meruncing ke atas.  

3.2 HURUF  BENTUK HURUF ALIF DI AKHIR PERKATAAN Gambar di atas menunjukkan bentuk huruf Alif bersambung dengan huruf Fa di akhir perkataan.
3.3 TATACARA LETAK HURUF SELEPAS HURUF ALIFMana-mana huruf lain yang bersambung dengan huruf Alif seperti huruf Alif bersambung  dengan  huruf  Ba’ dan huruf-huruf  lain.

4.1 RAGAM BENTUK HURUF BA’, TA’ DAN YANG TUNGGAL  Bentuk huruf Ba’ terdapat dua jenis seperti gambar diatas  berbeza dari segi badan huruf Ba’ melengkung lebar atau sedikit melengkung mengikut jenis huruf Ba’ yang ditetapkan dan meruncing ekor ke atas.
4.2 BENTUK HURUF BA’, TA’DAN THA’ DI AWAL PERKATAAN   
Secara umumnya huruf ba’ tunggal mempunyai persamaan dengan huruf ta’ dan tha. Kelebaran huruf ba’ adalah bersamaan dengan tujuh titik segi empat. Pergerakan penulisannya bermula daripada kanan dan berakhir di sebelah kiri. Terdapat dua tarikan untuk membentuk huruf ba’ ini. Pertama, tarikan yang sedikit melengkung menyamai 1 ½ titik segi empat sama. Sudut mata pena mestilah sedikit curam sebanyak 80 dan satu tarikan melengkung ke kiri dilukis menyamai titik segi empat sama untuk mengukur kelebarannya. Manakala tarikan kedua adalah untuk membuat ekor huruf ba’ di mana tarikan mestilah melengkung sedikit mengikut bentuk yang sama seperti dalam rajah di atas. Beza huruf ba’ adalah dari segi ekor dan bentuknya.


4.3 RAGAM BENTUK HURUF BA’, TA’ DAN THA DI TENGAH PERKATAAN  Huruf ba’ di tengah perkataan pula bermula selepas sesuatu huruf. Huruf ba’ di tengah perkataan selain mempunyai persamaan dengan huruf ta’ dan tha terdapat juga huruf lain yang mempunyai persamaan bentuk penulisan iaitu huruf nun. Ba’ di tengah perkataan kebiasaannya menggunakan dua titik segi empat. Yang membezakan antara huruf ta’ dan tha ialah dari segi titik iaitu huruf ba’ mempunyai satu titik di bawah, ta’ mempunyai dua titik di atas manakala huruf tha pula mempunyai tiga titik di atas. 

4.4 BENTUK HURUF BA’, TH’ DAN THA DI AKHIR PERKATAAN   Di atas merupakan contoh ba’ dan ta’ berada di akhir perkataan. Apabila dilihat contoh huruf ba’ dan ta’ adalah sama di bahagian hujung ekornya.
4.5 BENTUK DAN CARA MENULIS TITIK SATU, TITIK DUA DAN TITIK TIGA UNTUK KHAT DIWANI tiga titik satu titik dua titik     
5.1 BENTUK HURUF JIM, HA’ DAN KHA’ YANG TUNGGAL  Jim, ha’ dan kha yang tunggal adalah huruf yang memiliki persamaannya. Huruf ini apabila dalam keadaan tunggal terdiri daripada dua jenis seperti dalam contoh di atas cuma berbeza dari segi membentuk ekor huruf sama ada meruncing ke atas atau pun ke bawah. Proses membentuk huruf seperti gambar di atas dengan membentuk kepala, badan dan ekor huruf. 

5.2 BENTUK HURUF JIM, HA’ DAN KHA’ DI AWAL PERKATAAN     
 Bentuk huruf jim apabila berada di tengah perkataan memiliki persamaanya denga  huruf jim di awal perkataan dan dibezakan dengan huruf yang bersambung dengan jim di tengah perkataan. Contoh penulisan huruf jim di awal perkataan dapat dilihat pada perkataan di atas.


5.3 BENTUK HURUF JIM, HA’ DAN KHA’ DI AKHIR PERKATAAN   
Contoh di atas menunjukkan perbezaan antara dua jenis lakaran huruf ha’ yang bersambung di akhir perkataan.
6.1 BENTUK HURUF DAL DAN ZAL YANG TUNGGAL   Huruf dal dan zal adalah sama hanya dibezakan dengan titk. Contoh di atas menerangkan langkah untuk menulis huruf dal. 

6.2 BENTUK HURUF DAL DAN ZAL DI TENGAH PERKATAAN  Contoh di atas menunjukkan bagaimana keadaan atau gambaran huruf dal di tengah perkataan. 

6.3 BENTUK HURUF DAL DAN ZAL DI AKHIR PERKATAAN    Huruf dal dan zal adalah sama cuma dibezakan hanya dengan titik sahaja. Di atas merupakan contoh huruf dal dan zal di akhir perkataan. Bentuk di akhir perkataan tidak banyak berbeza di antara huruf dal dan zal di tengah perkataan. Di sebabkan huruf ini hanya boleh di sambung dengan huruf di hadapannya sahaja.
7.1 BENTUK HURUF RA’ DAN ZAI YANG TUNGGAL  Di atas adalah contoh huruf ra tunggal. Ra dan zai adalah sama hanya dibezakan dengan titik pada huruf zai. 

7.2 BENTUK HURUF RA’ DAN ZAI DI AWAL PERKATAAN  Contoh huruf zai dan ra’ di awal perkataan. 

7.3 BENTUK HURUF RA’ DAN ZAI DI TENGAH PERKATAAN     Jika diperhatikan contoh di atas kita boleh lihat perbezaan hujung ekor huruf ra’ yang mana ianya boleh di sambung dengan huruf lain bagi mencantikkan lagi penulisan atau pun berhenti pada kadar huruf ra’ yang mana bahagian ekornya dilukis dengan hujung mata pena. 

7.4 BENTUK HURUF RA’ DAN ZAI DI AKHIR PERKATAAN   
Berikut adalah contoh huruf ra’ di akhir perkataan yang mana ianya boleh bersambung ataupun hanya kekal sebagai ra’ tunggal walaupun berada di akhir perkataan. Ini bermakna hanya sesetengah huruf sahaja yang boleh disambungkan dengan huruf ra’ sama seperti huruf dal dan zal. 

7.5 PERBEZAAN DAN TATACARA LETAK HURUF RA’ DAN ZAI DENGAN HURUF DAL DAN ZAL 
Sebagaimana yang kita boleh lihat huruf ra’ dan zai bentuknya adalah sama hanya dibezakan dengan titik sama juga seperti huruf dal dan zal. Perbezaan letak huruf ra’ dengan dal adalah seperti berikut: dalam contoh yang pertama ialah huruf dal yang bersambung dan yang kedua ialah huruf ra’.  Seperti gambarajah yang telah saya bulatkan boleh lihat perbezaan antara huruf ra’ dan huruf dal. Perbezaan di antara keduanya ialah, huruf dal apabila di sambung ianya membentuk lengkungan di bahagia atas manakala huruf ra’ ianya tidak melengkung dan ianya seperti biasa. 

8.1 HURUF SIN DAN SYIN YANG TUNGGAL 
Berikut adalah contoh huruf sin tunggal. Sin dan syin adalah satu huruf yang sama yang hanya berbeza adalah dari segi titik huruf syin yang mempunyai tiga titik manakala huruf sin tidak bertitik. Huruf tunggal sin dan syin mempunyai dua bentuk yang berbeza.   
8.2 RAGAM BENTUK HURUF SIN DAN SYIN DI AWAL PERKATAAN   Dua cara untuk melakar lukisan huruf sin dan syin apabila berada di awal perkataan. 

8.3 HURUF SIN DAN SYIN DI TENGAH PERKATAAN     Seperti mana huruf sin tunggal yang mempunyai dua bentuk yang berbeza untuk menulisnya di atas saya menunjukkan perbezaan huruf sin di tengah perkataan dengan dua cara lukisan yang berbeza. 

8.4 HURUF SIN DAN SYIN DI AKHIR PERKATAAN   Dua gaya yang berbeza apabila huruf sin berada di akhir perkataan. 
9.1 HURUF SOD DAN DOD DI AWAL PERKATAAN    

9.2 HURUF SOD DAN DOD DI TENGAH PERKATAAN Bentuknya sama dengan huruf sod di awal perkataan yang bezanya hanyalah ianya ada hruf di depannya. 
9.3 HURUF SOD DAN DOD DI AKHIR PERKATAAN   Huruf sod dan dod di akhir perkataan ekornya adalah sama seperti huruf sod dan dod tunggal. 
9.4 PERSAMAAN EKOR HURUF SIN, SYIN, SOD DAN DOD TUNGGAL DAN DI AKHIR PERKATAAN    Persamaan ekor huruf sin dan sod tunggal.   Persamaan ekor di akhir perkataan. 
10.1 HURUF TO’ DAN ZO’ YANG TUNGGAL  
10.2 HURUF TO’ DAN ZO’ DI TENGAH PERKATAAN 
10.3 HURUF TO’ DAN ZO’ DI AKHIR PERKATAAN 10.4 PERSAMAAN HURUF SOD, DOD DAN TO’, ZO’Kepala huruf sod dan to’ adalah sama.   
11.1 BENTUK HURUF AIN DAN GHAIN DI AWAL PERKATAAN  
11.2 BENTUK HURUF AIN DAN GHAIN DI TENGAH PERKATAAN 
11.3 BENTUK HURUF AIN DAN GHAIN DI AKHIR PERKATAAN   
11.4 RAGAM BENTUK EKOR HURUF AIN DAN GHAIN YANG TUNGGAL DAN DI AKHIR PERKATAAN 
bentuk ekor ain tunggal bentuk ekor ain di akhir perkataan 
12.1 HURUF FA’ DAN QAF YANG TUNGGAL    
12.2 HURUF FA’ DAN QAF DI TENGAH PERKATAAN  
12.3 HURUF FA’ DAN QAF DI AKHIR PERKATAAN   
12.4 BENTUK EKOR FA’ DAN QAF Berikut adalah rupa ekor huruf qaf dan fa’. Huruf qaf di hujung ekornya melengkung dan tebal manakala huruf fa’ pula hujung ekornya adalah runcing menghadap ke bahagian tubuhnya. 
13.1 HURUF KAF DAN LAM YANG TUNGGAL       

13.3 HURUF KAF DI TENGAH PERKATAAN   
13.4 HURUF LAM DI TENGAH PERKATAAN  
13.5 HURUF KAF DI AKHIR PERKATAAN 
13.6 HURUF LAM DI AKHIR PERKATAAN 

RUJUKANhttp://artikel-kaligrafi.blogspot.com/2011/09/khat-diwani.htmlhttp://zaid-tahsinquran.blogspot.com/2012/12/khat-diwani-1.htmlhttp://diwanikraf.com/2007/03/04/11/http://www.islamkaligrafi.com/index.php?option=com_content&view=category&layout=blog&id=21&Itemid=77http://www.callidesign.blogspot.com/2008/04/khat-diwani.html